Himpunan Keluarga Besar Hj Tuan Man B Tuan Mat & Hjh Nik Aisyah Bt Nik Mat. Semoga semuanya didalam lindungan Allah Taala...
Monday, December 28, 2009
Attention!!!
Friday, December 25, 2009
Tuesday, December 22, 2009
Pertubuhan Kebajikan Nikmatillah website...
Sunday, December 20, 2009
Pengajaran Hijrah..

AHAD, 20 DISEMBER 2009 | 3 MUHARRAM 1431H
Peristiwa Hijrah terlalu banyak memberi pengajaran kepada umat Islam khususnya dalam usaha kita memperjuangkan Islam di muka bumi. Salah satu perkara menarik yang sangat penting dijadikan iktibar ialah wujudnya beberapa golongan yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Qur’an. Golongan ini sentiasa ada di sepanjang zaman, lantaran itu kita perlu mengambil iktibar dengannya:
- Golongan utama: iaitu mereka yang mula-mula berhijrah ke Madinah bilamana mendengar arahan dan perintah Rasulullah s.a.w. Mereka ini mendapat pujian dan sanjungan dari Allah bahkan Allah meredhai mereka dan mereka juga meredhai Allah.
- Golongan yang diberi kemaafan kerana uzur, tidak berupaya untuk hijrah samada kerana tua, kanak-kanak, golongan kurang upaya atau kerana tidak mengetahui jalan-jalan menuju Madinah.
Allah berfirman dalam surah an-Nisa’: 98-99,maksudnya : “Kecuali mereka yang tertindas samada lelaki atau perempuan dan anak-anak yang tidak berdaya dan tidak mengetahui jalan untuk berhijrah. Maka mereka itu mudah-mudahan Allah memaafkannya. Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun”.
Tatkala turun ayat ini lalu berkata Habib bin Dhamrah al-Laithi seorang sahabat yang sangat tua, kepada anak-anaknya: “Tolong bawa aku ke Madinah, kerana Allah tidak mengecualikan aku, kerana aku bukan lemah ( masih gagah), dan aku juga mengetahui jalan menuju Madinah, sedang Allah hanya mengecualikan mereka yang tidak tahu jalan ke Madinah. Lalu anaknya membawanya keluar dari Mekah berhijrah menuju ke Madinah. Apabila sampai di Tanaiem, lalu ia jatuh sakit dan meninggal dunia. Maka peristiwa ini sampai ke pengetahuan sahabat-sahabat Rasulullah, lalu ada yang berkata: “Seandainya ia mati di Madinah, maka tentulah ia mendapat ganjaran pahala hijrah.”
Maka turunlah ayat: “Barang siapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kerana Allah dan RasulNya, kamudian ia menemui ajalnya (kematian sebelum sampai ke tempat yang dituju) maka pahalanya telah ditetapkan disisi Allah, Maka Alah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang”. - Golongan yang tidak hijrah kerana terhutang budi dengan Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka terus menetap di Mekah demi menjaga hubungan baik dengan pemuka Quraish. Mereka ini adalah sebahagian dari umat Islam yang enggan berhijrah. Mereka menyembunyikan keIslaman mereka. Namun bilamana berlaku peperangan Badar, lalu Abu Lahab mengajak semua golongan yang ada di Mekah bagi membantunya. Keadaan ini menyebabkan beberapa orang yang telah beriman itu, menjadi serba salah, samada keluar ke Badar, bermakna berperang melawan Islam dan Rasulullah sedangkan mereka telah menganut Islam; atau terus berada di Madinah, iman mereka selamat. Namun apa pula penilaian Abu Lahab dan pemuka Quraish? Lantaran tersepit dengan keadaan inilah menyebabkan mereka akhirnya keluar dengan pedang dan panah, bersama Abu Lahab dan Abu Jahal menuju Ke Badar, berperang bersama kumpulan yang menentang Islam. Lalu mereka mati dalam peperangan tersebut.
Inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa’ :97 “Sesungguhnya orang-orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat (dalam peperangan Badar) dalam keadaan mereka sedang menzalimi diri mereka sendiri, lalu malaikat menempelak mereka dengan berkata: “Bagaimana kamu ini?” Lalu mereka menjawab: “Sesungguhnya kami adalah golongan yang lemah dan tertindas di muka bumi.” Lalu Malaikat menjawab: “Bukankah bumi Allah ini luas sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Maka mereka ditempatkan di neraka jahanam, itulah seburuk-buruk tempat kembali”.
Maka kita hendaklah bimbang tentang fenomena ini berlaku di zaman kita. Wujudnya golongan yang telah memahami perjuangan Islam, bahkan telah merasa kemanisan dalam memperjuangkan Islam, namun dalam situasi tertentu mengambil sikap menyembunyikan penglibatan dalam perjuangan Islam; dikhuatiri nanti bilamana golongan yang menentang Islam akan libatkan mereka dalam perjuangan untuk mengalahkan Islam, maka mereka akan turut serta dan akhirnya mati dalam usaha menentang Islam, nauzubillah.
Semoga Allah memelihara kita dari fitnah ini dan menjauhi kita dari golongan ini. Amin.
Friday, December 18, 2009
Selamat | Pengantin | Baru | Tuan | Mohd | Fazli | Tuan | Ahmad |
Dari Blog Ayah Him...
Payahnya bila atap nak jadi tiang, tiang nak jadi dinding, dan dinding nak jadi tangga.
AHAD, 01 NOVEMBER 2009 | 13 ZULKAEDAH 1430H
“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.
Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:
“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.
Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:
“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”
Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:
“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih
Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.
Thursday, October 1, 2009
Sekitar Majlis Sambutan Eidulfitri Persatuan Penduduk Islam Batu Balai..
Friday, August 28, 2009
Ahlan.Wasahlan.Ya.Ramadhan....
Syukur kita dipanjangkan umur untuk kita sampai lagi ke ramadhan 1430 tahun ni. Semoga ramadhan kali ni byk mendidik kita menjadi insan yang lebih baik..
JUpo raya ni...
Wassalam...
Friday, July 17, 2009
Tuesday, July 7, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Attention!!!!
Assalamualaikum w.b.t....
Kepada semua kaum kerabatku sekaliann...... Diumumkan disini bahawa tarikh Ijtima' @ dalam bahasa mat salehnya Family Day (dengan izin) telah diubah kepada 9,10 & 11 Jun diatas sebab2 yg x dapat dielakkan...
Segala kesulitan amat dikesali.
Sunday, May 17, 2009
Ijtima' Keluarga Kali Ke3, Kuantan 09'.
InsyaAllah x lama lagi akan diadakan satu lagi hari keluarga Tokku. Pada 8,9 dan10 Jun ni..
So, diharapkan semua dapat hadir & dah boleh mula isi borang cuti... X lupa juga kpd kema..Tahniah.. Selamat Pengantin Baru. Kpd hok lain2 tu, yg mana berhajat nak berumah tangga boleh la bentang proposal masa ijtima' ni. Hehehe........ Trima kasih mi, maaf la x ingat nama anak buah buah, ramai sgt, Hehe...
Saturday, April 4, 2009
Ahlan Wasahlan 2...
Alhamdulillah.. Keluarga tokku telah bertambah sorg lagi. Na (isteri Adib anak ayah mat) telah selamat melahirkan seorang puteri 2 3 hari lepas. Nama dia tak tau lagi. Kena kontek balik....
Tuesday, March 17, 2009
Salam...
Monday, February 2, 2009
Subhannallah.... Alhamdulillah....
Td tgh duk wat assigment tetiba je tringat pasal anak cucu tokku. Pastu try kira brapa orang dah kaum kerabat, guna kalkulator (otak jepun kata tokku)... Terkejut tgk jumlahnyee..
Termasuk Tokku, anak2 tokku, menantu2 tokku, cucu2 tokku, Menantu anak2 tokku, cicit2 tokku = semuanyer 99 orang. Tak masuk lagi yang akan jadi ahli keluarga (isteri akmal - insyaAllah bulan 3 ni).
Alhamdulillah... Sama2 kita jaga hubungan & nama baik keluarga kita.
Senarai Kaum Kerabat... W.I.P
( AYOH MAN & CHE SOH )
HJ TUAN MAN BIN HJ TUAN MAT (2.8.1934)+HAJJAH NIK HASANAH BIN HJ NIK MAT(1942)
1. Tuan Ahmad Bin Tuan Man (4.11.1956) + Hamidah B Jaafar (1.7.1962)
1.1. Tuan Mohd Zamani + Rahida Bt Abd Wahab
1.1.1. Tuan Ain Nur Fatihin
1.1.2. Tuan Aufa Nur Najihah
1.1.3. Tuan Asnurin Najwa
1.1.4. Tuan Ahmad Iyyash Auzaie (28.7.2008)
1.2. Tuan Mohd Akmal + Jannah & Gee
1.3.1. Syakila Batrisyia (9.6.2002)
1.3.2. Syadiah Auni (30.9.2004)
1.3.3. Syarah Irdhina (22.10.2006)
1.3.4. Syahadatul Ulya (17.01.2009)
1.4. Tuan Mohd Faiz
1.5. Tuan Mohd Fadli + Yah
1.6. Tuan Mohd Adib + Mazlina bt Abdul Rahman
1.6.1. Tuan Nur Qurratu Aini bt Tuan Mohd Adib - ( 1 April 2009)
1.7. Tuan Mohd Zaki + Isteri
1.8. Tuan Nor Salwani (30.4.1991)
1.9. Tuan Mohd Taqiudeen (1.10.1998)
2. Tuan Mohd Jaafar Tuan Man (28.12.1957) + Nik Yam Binti Razali (24.6.1964)
2.1. Tuan Mohd Salman (9.3.1985) + Ayuni
2.2. Tuan Mohd Aiman (9.8.1986)
2.3. Tuan Mohd Munawwar (4.2.1990)
2.4. Tuan Mohd Fahmi (20.5.1992)
2.5. Tuan Mohd Naim (24.4.1994)
2.6. Tuan Nurfatin Nabila (4.2.1997)
2.7. Tuan Mohd Nasuha (24.12.2001)
3. Tuan Ibrahim Tuan Man (27.8.1960) + Nurul Ain Bt Hashim (10.2.1962)
3.1. Mohamad Badiuzzaman (21.8.1987)
3.2. Mohamad Zakuan (21.10.1988)
3.3. Nurrul Hazuani (15.5.1990)
3.4. Nurul Hasniati (13.1.1992)
3.5. Mohd Izzat (21.2.1995)
3.6. Nurul Athirah (11.11.1996)
3.7. Nurul Aisyah (19.7.1999)
3.8. Nurul Humaira’ (7.6.2002)
4. Abd Rahman B Mahmood (10.6.1966) + Tuan Noriah Tuan Man (31.1.1963)
4.1. Ahmad Safuwan (20.7.1993)
4.2. Nur Nashirah (4.4.1997)
4.3. Nur Farhana (22.5.2000)
5. Mohd Saufi B Mohayuddin (13.9.1964) + Tuan Ramizan Tuan Man (4.1.1966)
5.1. Nur Wahidah + Nik Mohamad bin Nik Mustafa
5.1.1 Nik Nurbalqis Ayuni
5.2. Robeatul Adawiah
5.3. Mohd Burhanudden (9.6.1985) + Zulaikha
5.4. Mohd Najme
5.5. Abd Aziz
5.6. Qurratu’ Aini (8.9.1989)
5.7. Mohd Saifullah (31.8. 1991)
5.8. Nur Syafiqah (17.6.1995)
5.9. Amirah (29.5.1991)
5.10. Mohd Amru (24.3.1993)
5.11. Mohd Anas (29.8.1996)
5.12. Aqilah (20.8.1998)
5.13. Afiqah (21.5.2000)
5.14. Mohd Arman (9.11.2002)
6. Che Abdul B Muda (11.11.1964) + Tuan Normah Tuan Man (2.1.1968)
6.1. Mohd Ariff Fikri (18.9.1995)
6.2. Aina Mardiah (18.2.1999)
6.3. Alia Maisarah (4.10.2004)
7. Hisyam B Abd Halim (13.3.1964) + Tuan Syarifah Tuan Man (16.6.1970)
7.1. Muhammad Hanif (13.4.1997)
7.2. Muhammad Hazim (16.5.1998)
7.3. Muhammad Hazmi (25.8.2000)
7.4. Nurrul Huda (10.2.2003)
7.5. Nurrul Hana (18.2.2006)
8. Tuan M Luqman Tuan Man (2.1.1975) + Amilah Bt Zainal Rasid (17.7.1980)
8.1. Tuan Ahsana Aliyya (16.5.2003)
8.2. Tuan Ahsana Amilien (28.9.2004)
8.3. Tuan Muhammad Ashraf (16.1.2008)
9. Mohd Fozi B Zamri (21.4.1973) + Tuan Norizzati Tuan Man (26.2.1980)
9.1. Muhammad Fariz Izzuddin (13.6.2002)
9.2. Aisyah Solehah (20.10.2003)
9.3. Alia Insyirah (11.3.2006)
10. Tuan Md Fuad B Tuan Man (4.1.1984) + Nur Amalyna Radzali (18.02.1986)
Friday, January 23, 2009
Ahlan Wasahlan 2...
Alhamdulillah.. Keluarga tokku telah bertambah sorg lagi. Na (isteri Adib anak ayah mat) telah selamat melahirkan seorang puteri 2 3 hari lepas. Nama dia tak tau lagi. Kena kontek balik....
Wednesday, January 7, 2009
Allahukbar......
Roslan Shahir Mon May 26, 08 10:56:48 am MYT
Artikel Prof Dr Mohamad Tajuddin "A tale of three mosques" dalam ruangan mingguannya "Architecture inside out" dalam The Sunday Star baru-baru ini sungguh unik dan menarik atas beberapa sebab. Profesor pensyarah senibina Universti Teknologi Malasia (UTM) ini telah membuat perbandingan antara 3 buah masjid di Malaysia dengan menggambarkan bahasa senibina yang terkandung dalam binaan masing-masing masjid. -->-->
Dan bayangkan di antara banyak-banyak masjid di Malaysia yang boleh beliau buatkan perbandingan, Profesor ini telah memilih Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra di Putrajaya dan Masjid Rusila di Marang.
Ya, siapakah yang pernah terfikir bahawa Masjid Rusila yang mana Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, memimpin kuliah pengajiannya serta tinggal pula diperkarangannya boleh menjadi bahan perbandingan, dibandingkan pula dengan dua ikon negara yang tentunya hebat dan megah itu.
Kehebatan dan kemegahan Masjid Negara dan Masjid Putra sudah tidak perlu disentuh dan dijelaskan lagi kerana ia sudah sememangnya menjadi pengetahuan umum. Tetapi Masjid Rusila, saya pasti selain daripada orang-orang PAS dan beberapa kerat daripada Umno, yang lainnya pasti tidak kenal atau tidak pernah mendengar berkenaannya.
Prof Tajuddin menulis bahawa Masjid Rusila bukanlah sebuah masjid yang telah dirancang dan direka pembinaannya, sebaliknya ia tumbuh dengan sendiri daripada sebuah bangunan asal berstrukturkan kayu kepada sebuah bangunan 4 tingkat. Tambah beliau Masjid Rusila memiliki kekuatan tersendiri dari sudut lokasi serta lanskapnya. Ia adalah sebuah masjid dan juga madrasah ilmu menempatkan para pelajar di tingkat-tingkat atasnya.
Masjid ini terletak di kawasan yang tidak berpagar dan dikelilingi oleh rumah-rumah tanpa sempadan khusus. Dan lanskapnya pula terdiri daripada pasir laut yang dibawa oleh Laut China Selatan yang sekadar 60 meter jaraknya dari masjid berkenaan.
Dan yang paling menarik dari pemerhatian Prof Tajuddin adalah apabila beliau menyebut yang Masjid Rusila ini bukan sebuah monumen simbolik (sebagaimana masjid-masjid lain) tetapi ianya sebuah pusat kegiatan masyarakat. Masjid-masjid lain tambah beliau yang seratus kali lebih mahal kosnya dari Masjid Rusila tidak mampu menjadi pusat masyarakat seperti ini.
Abdul Hadi menurut Tajuddin memiliki fahaman politik Islam yang berpegang teguh dengan tradisi sebenar agama itu.
Terbukti hari ini, pemimpin PAS dari Rusila ini telah membawa partinya dari kemenangan beliau pada tahun 1982 jauh ke hadapan. Beliau kini kekal sebagai Adun di kerusi yang sama dan malah juga sebagai ahli parlimen serta menerajui pula kemenangan partinya memegang tampuk Menteri Besar di 3 buah negeri, bersama membentuk kerajaan di 5 buah negeri dengan 83 kerusi Dun serta 23 wakil di parlimen. Sebagaimana hebatnya Masjid Ruslia begitulah hebat juga pemimpinnya dan mereka yang terus konsisten menjunjung perjuangan Islam yang suci ini.
Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS.